KESEPADUAN ANTARA TARBIYAH DAN SIASAH

Sunday, August 17, 2008

Dan sesungguhnya kami benar – benar akan menguji kamu ( orang – orang yang beriman ) agar kami mengetahui orang – orang yang berjihad dan bersabar diantara kamu dan agar kami menyatakan ( benar atau tidak ) berita – berita tentang keadaan kamu. ( Surah Muhammad :31 )

Hari ini rakyat Malaysia sering dikejutkan dengan beberapa isu yang mengemparkan negara.Bermula daripada isu tsunami politik yang melanda negara pada 8 Mac yang lalu yang juga merupakan titik tolak permulaan lanskap baru politik Malaysia. Dimana Barisan alternatif ( sebelum Pakatan rakyat ) telah menguasai 6 buah negeri ( Kelantan, Kedah, Perak, P.Pinang, Selangor ) termasuk Wilayah Persekutuan. Selepas itu, rakyat Malaysia dikecewakan dengan isu Pulau Batu Puteh yang merupakan tanda kedaulatan negara yang terpaksa diserahkan kepada Singapura, seterusnya diharu birukan dengan isu kenaikan harga minyak yang menyebabkan rakyat merasa tertekan…manakan tidaknya jikalau sebelumni minyak motor penuh bagi EX5 hanya berjumlah RM5 – RM 6 tetapi selepas kenaikan harga minyak, RM 7 – RM 8 perlu dibayar..Itu baru kapisiti sebuah motor,kalau sebuah kereta…cuba kita fikirkan bersama.

Dari isu tsunami politik, kedaulatan batu Puteh dan kenaikan harga minyak. Rakyat terus menerus dihidangkan dengan sajian isu yang digembar gemburkan oleh pihak media arus perdana dengan isu liwat oleh Mantan Timbalan Perdana Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim..Isu ini jika dilihat secara sekali imbas ibarat skrip yang sama tetapi dilakonkan sebanyak 2x…Dalam kekalutan Isu liwat, timbul pula isu muzakarah yang selepas itu ditukar kepada muqabalah..Isu ini memberi impak yang besar kepada ahli gerakan Islam yang menuntut kepada satu kefahaman yang tulen untuk membuat penilaian yang tepat…

Apa yang ingin dinyatakan disini, walau seberapa banyak isu yang ditimbulkan, ahli gerakan Islam hendaklah membuat pertimbangan yang betul. Disini menuntut kepada kefahaman tarbiyah yang menjadi jati diri ahli gerakan. Jika kita melihat segala apa yang berlaku hari ini secara tersirat,satu telahan boleh dilontarkan iaitu ia merupakan UJIAN DARIPADA ALLAH yang merupakan tapisan bagi Allah untuk menilai orang yang beriman dan berjihad dengan sebenar – benarnya tanpa mempunyai agenda yang tersendiri..Makna kata apabila Pakatan Rakyat memerintah, ada segelintir ahli yang mencintai dunia daripada akhirat sehingga melupakan prinsip asal perjuangan…Lebih malang lagi, ahli gerakan dilupakan untuk melaksanakan tugas asas seperti usrah,tamrin,wacana tarbiyah dll..

Sedia maklum tarbiyah merupakan elemen penting dalam perjuangan. Jikalau tarbiyyah tidak dijadikan asas dalam perjuangan, mana mungkin akan terbitnya daya tahan dalam berhadapan dengan ujian Allah SWT. Jangan kita bayangkan bahawa hanya dikatakan ujian itu ialah bila dipenjarakan, disiksa, dipulau dan sebagainya. Itu semua tidak kita nafikan.

Namun terkadang kita lupa bahawa ujian Allah itu boleh berlaku dalam perkara yang kita tidak sangka. Ujian emosi dan perasaan juga boleh berlaku. Perasaan mahu berkuasa dengan cepat, mahu menjadi menteri dengan segera ibarat mee magi mahu menonjolkan diri untuk cepat naik dan perlbagai lagi.

Siri – siri usrah sering dibincangkan tentang teladan hebat Saiyyiduna Khalid Al Walid yang meneruskan perjuangan hingga selesai walau menerima surat pelucutan jawatan dari khalifah. Betapa beliau mengenepikan perasaan dan emosi demi memastikan kejayaan jihad. Namun bila ujian yang sama menimpa kita, belum tentu kita dapat mengambil langkah seperti SaifulLah al Maslul Khalid al Walid rdh.

Di sinilah letaknya kepentingan tarbiyyah yang menjadi tunjang kepada setiap kerja buat gerakan Islam. Menjadikan anggotanya sentiasa segar dan teguh pendirian dalam setiap ehwal dan keadaan. Memburu kemuliaan kemenangan dan syahid di medan juang.

Ayoh sahabat –sahabat kita perkasa serta janakan semula energy untuk gerak kerja tarbiyah yang kita tinggalkan sebelum ini…mulakan usrah dari sekarang.Renungilah peringatan dari Allah

Dan hendaklah takut kepada Allah orang - orang yang seandainya meninggalkan dibelakang mereka anak – anak yang lemah yang mereka khuatir terhadap kesejahteraan mereka. Oleh sebab itu,hendaklah mereka bertakwa dan hendaklah mengucapkan perkataan yang benar. ( Surah an – Nisa’: 9)

0 comments: